Soalan Lazim

Dapatkan jawapan kepada soalan lazim tentang SongShift.

Pelanggan Apple Music kini boleh menggunakan SongShift untuk memindahkan pustaka muzik daripada perkhidmatan lain terus dalam aplikasi Apple Music. Ketahui lebih lanjut tentang pemindahan pustaka anda ke Apple Music. Untuk pilihan dan tetapan pemindahan lain, muat turun aplikasi SongShift.

Apakah SongShift?

SongShift ialah aplikasi iPhone dan iPad percuma untuk memindahkan senarai main, album dan lagu antara perkhidmatan penstriman muzik. Pilih perkhidmatan sumber dan destinasi serta muzik yang ingin dipindahkan. SongShift kemudian akan mencari padanan bagi setiap lagu dalam perkhidmatan destinasi dan menyelesaikan pemindahan — biasanya dalam beberapa minit. Pustaka sumber anda tidak akan diubah suai.

Apakah perkhidmatan penstriman yang disokong oleh SongShift?

SongShift menyokong pemindahan senarai main daripada 14 perkhidmatan: Spotify, Apple Music, YouTube, Amazon Music, TIDAL, Deezer, SoundCloud, Pandora, Napster, Qobuz, Audiomack, Last.fm, Discogs dan Hype Machine. Last.fm, Discogs dan Hype Machine hanya boleh digunakan sebagai sumber; 11 perkhidmatan lain tersedia sebagai destinasi.

Adakah SongShift percuma?

Ya. SongShift boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store untuk memindahkan senarai main antara perkhidmatan tanpa bayaran. Langganan Pro pilihan (bermula pada $6.99/bulan) menawarkan ciri lanjutan seperti SpeedMatch, persediaan berkelompok, pemantauan senarai main berterusan, pemindahan fail dan sambungan perkhidmatan tanpa had.

Bagaimanakah saya boleh bermula?

Mudah sahaja untuk bermula dengan SongShift! Selepas melengkapkan langkah pengenalan aplikasi, ketik butang "+" di penjuru kanan sebelah atas skrin Shifts. Halaman Konfigurasi Shift akan dibuka dengan pelbagai pilihan pemindahan.

Di sini, anda boleh memilih untuk memindahkan album, lagu dan senarai main dalam pustaka, kandungan daripada pautan yang disalin ke papan klip atau sumber media lain. Ikuti sahaja arahan yang dipaparkan untuk melengkapkan pemindahan muzik pertama anda.

Adakah senarai main atau pustaka muzik sumber saya akan terjejas?

Tidak. Senarai main dan pustaka muzik sumber anda tidak akan terjejas. SongShift hanya akan mencari padanan dan memindahkan kandungan muzik daripada sumber ke destinasi pilihan anda.

Bagaimanakah saya boleh menghalang lagu senarai main Apple Music daripada ditambahkan pada pustaka saya?

Apabila memindahkan senarai main daripada perkhidmatan lain ke Apple Music, matikan "Tambah Lagu Senarai Main" jika anda tidak mahu lagu tersebut ditambahkan pada pustaka Apple Music anda. Tetapan ini terdapat di bahagian Muzik dalam aplikasi Tetapan.

Untuk mencari tetapan ini, buka:

Senarai main saya masih belum muncul dalam pustaka.

Perubahan pada pustaka muzik anda disegerakkan melalui awan dan mungkin mengambil sedikit masa untuk muncul pada peranti. Jika senarai main belum kelihatan, cuba tunggu sebentar.

Aplikasi memaklumkan bahawa Pustaka Muzik iCloud dinyahdayakan.

Mesej ini bermaksud Pustaka Muzik iCloud telah dinyahdayakan. Anda boleh mendayakannya dalam tetapan Muzik pada aplikasi Tetapan.

Untuk mencari tetapan ini, buka:

Jika anda sudah mendayakan tetapan ini tetapi masih melihat mesej tersebut, sila cuba langkah berikut:

Adakah senarai main saya akan dipadamkan jika langganan SongShift saya tidak lagi aktif?

Tidak. Senarai main anda tidak akan dipadamkan jika langganan SongShift tidak lagi aktif. Anda masih boleh menggunakan aplikasi untuk memindahkan dan berkongsi muzik, tetapi ciri Pro tidak lagi tersedia. Pustaka muzik anda hanya akan berubah apabila anda sendiri melakukan sesuatu dalam aplikasi.

Bolehkah saya memindahkan lagu yang belum dilancarkan tetapi dimuat naik ke perkhidmatan tertentu?

Walaupun sesetengah perkhidmatan membenarkan pengguna memuat naik fail MP3 sendiri, kami hanya boleh memindahkan lagu yang turut tersedia pada perkhidmatan destinasi. Oleh itu, hanya muzik yang telah dilancarkan secara rasmi di platform muzik utama boleh dipindahkan.

Ada soalan yang belum kami jawab?

Jika anda mempunyai soalan lain tentang SongShift, sila hubungi kami melalui e-mel di support@songshift.com